KUALA LUMPUR 20 Jan.- Pendatang baharu Liga Super Kuala Lumpur (KL) malam ini melancarkan jersi yang bakal digunakan pasukan tersebut bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini. Majlis pelancaran di ruang legar Berjaya Times Square disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak KL (KLFA), Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan. Penaung KLFA, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor merasmikan pelancaran tersebut yang disaksikan ratusan penyokong skuad City Boys.

Saingan Liga Malaysia 2018 menyaksikan City Boys sekali lagi menampilkan Skyhawk sebagai penaja rasmi bagi kit pasukan itu musim ini. Jersi terbaharu itu menampilkan tiga warna simbolik, iaitu merah sebagai kit rumah (home), biru kit pelawat (away) dan ungu kit ketiga (alternatif).

Jersi baharu itu turut dijual pada harga RM90 sehelai – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kl-lancar-jersi-musim-2018-1.594011#ixzz551WvBCJu
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply