Ketua Jurulatih Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt ingin pasukannya menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin pada perlawanan terakhir Piala Malaysia walaupun tiket untuk ke pusingan suku akhir telah tertutup bagi kumpulan A.

Pada perlawanan akhir kumpulan A, Kuala Lumpur bertandang ke Kuala Terengganu bagi melengkapkan jadual Piala Malaysia musim 2018.

“Meskipun kita sudah tidak layak namun jika dapat memperolehi kemenangan pada malam nanti sudah pasti memberikan impak positif kepada pemain sebelum berakhirnya musim 2018.

“Pada perlawanan pertama, kita telah tewas kepada Terengganu dengan keputusan 1-5 dan sudah semestinya kami mahu memberikan saingan terbaik bagi membawa pulang tiga mata,” jelasnya.

Yee Fatt juga memberitahu bakal memberi peluang kepada Afiq Razali iaitu pemain muda yang berada dalam skuad Kuala Lumpur untuk menonjolkan kemampuannya seterusnya merebut tempat pada musim hadapan.

Kuala Lumpur hanya menang sekali daripada lima perlawanan peringkat kumpulan dan menghuni tangga tercorot dengan tiga mata.

Leave a Reply