Guilherme De Paula dan Paulo Josue tetap menjadi bualan peminat bola sepak tanah air dengan keserasian bersama sepanjang musim 2018 meskipun pasukan Kuala Lumpur gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Malaysia kali ini.

Berjaya mencetak 25 gol dalam 29 penampilan musim 2018, kejayaan De Paula turut dibantu rakan sepasukan terutama Paulo yang menjadi pemain terbanyak melakukan ‘Assist’.

Namun disebalik kejayaan “Best Import Duo” terdapat para pemain yang memberikan bantuan seperti Indra Putra Mahayuddin, Zaquan Adha, Zhafri dan lain-lain.

Sepanjang dua musim bersama pasukan KL Hawks, De Paula telah berjaya meletakkan dirinya dalam penjaring terbanyak bagi skuad Kuala Lumpur dengan 55 gol dibelakang K. Kannan (61) dan Fandi Ahmad (67).

Dalam satu kenyataan, De Paula memasang impian untuk memadamkan rekod penjaring terbanyak bagi Kuala Lumpur iaitu Fandi Ahmad sebaik bermulanya musim 2019.

“Saya begitu yakin dapat memintas lagenda Kuala Lumpur, Fandi Ahmad sebaik bermulanya musim 2019 namun lebih utama memastikan pasukan kekal konsisten hingga tamat liga.

“Dengan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan dan barisan kejurulatihan, Kuala Lumpur pasti dapat bangkit serta mempamerkan prestasi sebenar,”.

Leave a Reply