PERSATUAN Bolasepak Kuala Lumpur berkemungkinan akan kembali menggunakan khidmat jurulatih tempatan berikutan prestasi turun naik pasukan Liga Super pada musim ini.

Setiausaha Agung, Nokman Mustaffa tidak menolak kemungkinan itu kerana percaya khidmat jurulatih tempatan yang berpengalaman mampu memberi impak kepad pasukan.

Pada musim ini, pasukan Liga Super Kuala Lumpur telah dikendalikan oleh Fabio Maciel dari Brazil selepas kejayaan beliau membantu merangkul trofi Liga Perdana bagi musim 2017.

“Kita juga sedang melihat dua jurulatih tempatan yang berpontensi seperti Irfan Bakti Abu Salim serta B. Sathianathan.

“Bukan itu sahaja, Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md Ikshan turut berminat dengan jurulatih muda tempatan dan gajinya dalam bajet yang ditetapkan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Kuala Lumpur pada tahun hadapan akan lebih kukuh meskipun terdapat perubahan kepimpinan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Paling menarik apabila Kuala Lumpur mendapat Menteri Wilayah yang sangat meminati sukan bolasepak iaitu, YB. Khalid Abdul Samad serta timbalannya, Datuk Dr. Shahruddin Salleh dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar.

“Jika kita dapat gandingkan kesemua mereka sudah pasti Kuala Lumpur akan lebih bertenaga pada musim hadapan serta mengekalkan prestasi persatuan yang tidak mempunyai masalah dalam setiap segi termasuk kewangan.

Leave a Reply